Tuesday, August 26, 2008

Back dari Bangkok aku....

Sekembalinya aku dari Bangkok selasa lepas, aku demam panas. Aku penat gila! Aku balik je, perkara pertama yang mengganggu hidup aku is 7 DVD drama @#$%^&*()$# yang aku kena edit and siapkan sebelum tarikh luputnya pada 15 September 2008.

Cerita tentang Bangkok!
Aku sampai sana dekat kul 4pm..check in hotel, rehat sebentar bersama kit kat ku, mandi and bersiap untuk our dinner.

Aku dinner kat satu tempat yang facing Cha-Am Beach. Masakan Thailand yang pedas2 dan tomyam terenak!

Lepas tu, aku banyak mendengar cerita Tasha dan sambil dia bercerita, aku "propose" diamenjadi milik aku! Dia setuju...aku ada hadiah untuk dia, sebentuk cincin dan matching necklace dari tooot....

The next day tu, kitorang banyak berjalan kat town, beli belah...beli macam2...

Sekarang ni, aku rasa lengkap! Hidup aku lengkap dgn Tasha.

Plan? Hujung tahun ni if tiada aral melintang, aku mahu ke Jakarta bersama Tasha.

Wednesday, August 13, 2008

Tasha

Aku dah lama solo...sejak habis dgn X aku dulu, aku tidak ada sesiapa. Bukan aku tak nak, aku nak tapi bukan rezeki aku untuk menambat hatinya. Lagipun, dia kini sudah berpunya.

Sekarang aku dah ada orang baru, Tasha...orangnya sweet sangat! Kitorang kawan lama...tapi tak pernah sedar dalam hati ada cinta. Setelah Tasha break ngan X dia, kami mulai rapat dan akhirnya bersama. Dia stay umah aku sekarang...selalu masakkan mi kari special dia kat aku. Siapa nak rasa, SMS aku...

Lusa aku akan ke Bangkok dengan Tasha...aku ada surprise untuk dia. Dia mesti terkejut! Dia mesti suka!

Sebenarnya aku dah lama tak update blog ni bukannya apa, aku busy sangat! Aku banyak benda nak edit siang malam! Orang seni lah kata. Tapi aku suka akan kerja aku! Terlalu suka.......sekarang Tasha teman aku buat kerja. Dia pun pandai edit medit ni. Graduan uitm graphic 2003.

Apa yang paling aku suka pada Tasha?
Dia lembut bercakap & pandai menjaga hati aku. Dia sayangkan aku seikhlasnya. Dia tak harapkan apa2 dari aku. Dia pandai bawak diri & tak mudah makan hati.

Aku nak jaga Tasha sebaiknya sebab dia memang lain dari X aku yang dulu...

Friday, July 11, 2008

SEMOGA BERBAHAGIA!

Aku dah lama sunggggguuuuhhh tak update blog ni. Aku BZ ah sesangat. Aku baru seminggu balik dari Jakarta and aku rasa letih aku balik tu tak habis2!!! Petang ni aku akan ke Shah Alam, umah kakak aku. Dah brapa minggu dah aku ak gi sana so I have to go lah this week....

OOK...selama aku tak update blog ni kan, sebenarnya ada banyak benda yang terjadi. Benda ni dah pernah jadi pada aku dulu masa ngan tu laa.....sekarang ia terjadi antara 2 orang kawan aku, sorang yang aku suka tengok muka dia dalam blog dia sbb ada ala2 Rani dan dia cantik sgt orangnya (A)...dan satu lagi adalah X dia yang merupakan teman aku chat dalam YM (B).

Hanya sekeping nasihat....kalau dah tak boleh go on tu datang dari hati yang ikhlas, tinggalkan & pergi...tapi, kalau ada walau sekelumit perasaan, tak salah kalau cuba lagi.

Buat A, kalau agak2 sekarang A sudah bahagia disamping orang baru & tak mungkin akan pulang pada B, lepaskan B betul2. Yang penting, bercinta dengan orang baru tu biar ikhlas-ikhlas-ikhlas! X Iz dulu sampai kehari ini tak boleh lepaskan Iz sebab Iz curahkan dia dengan segala yang dia nak. Makan-pakai semua Iz beri dan bila berpisah, dia menjadi susah..dia carik kelembutan dari diri dia dan dia lahirkan dengan muka yang tebal meminta2 pada Iz. Yang terbaru dia meminta HP baru yang mana Iz tidak akan berikan. Dia minta $$ nak beli ini & itu tp, xmungkin Iz diperbodohkan lagi! X Iz tak boleh lepaskan Iz hanya kerana takut hilang benda2 itu. Dia masih contact Iz dengan bahasa yang menggoda jiwa Iz tapi, Iz mesti celik. Iz yakin A bukan bersama orang yang baru ini kerana itu semua. A sudah ada hampir segalanya and A memang independent! Iz yakin dengan A! A, puteri indah Iz kena tabah hadapi semua cerita2 yang A dengar. A kena yakin dengan orang baru ok!

Buat B, aku yakin ko akan kuat kelak. Ko akan OK! Segala yang terjadi anggaplah sebagai pelajaran & experience yang akan dijadikan rujukan untuk menghadapi masa depan. Biar hampir sedekad hubungan itu bersatu, perpisahan ini mungkin ada banyak hikmahnya. Ko kena teruskan hidup dengan semangat yang lebih kuat setiap hari. Aku tau apa ko rasa...sakit memang sakit. Tapi kena tabah ok! Ko & adik ko mesti pergi jauh dari hidup mereka agar segalanya akan kembali tenang.

Buat X Iz....Iz minta maaf...kini Iz dah celik and sedar yang hubungan kita selama ini bukan kerana cinta tapi kerana keindahan dunia semata. Tolong, Iz minta...jangan ganggu Iz lagi...jangan rendahkan diri menebalkan muka demi mendapatkan segala yang u nak. Iz tak kan tunduk lagi. Iz nak cari orang yang sayangkan Iz...bukan sayangkan kebendaan yang Iz boleh beri! Pergi lah jauh dari Iz. Jangan datang rumah lagi. Iz tau u memang selalu baca blog ni. Harap u faham. Iz bukan berkata jahat, tapi ini hakikat yang u buktikan pada Iz.

Hari ini hari jumaat....petang ni nak pergi Shah Alam!!

Wednesday, April 23, 2008

Aku tak sombong lah

Geena kata aku dah sombongs sekarang.......aku tak sombong lah....aku busy ngan keje yang tak putus-putus ni.......alhamdulillah!!!!!!!!!!

Aku stress


Aku dah lama tak update blog...lately ni, aku rasa stress sangat. Segala assignment aku mesti done sebelum 1 may ni. Aku YM pun sekejap sangat! Aku takut kang leka ngan YM plak keje aku tak siap-siap.

Ok..blog ni agak lonely sbb ni mmg private blog aku yang tak ramai tahu...so, aku kengkadang jer update sini. Aku nyer website yang aku bg perhatian extra 5% la, sbb jadual aku ada situ, kerja aku ada situ, words aku ada situ.

Apsal aku bebel pasal ni pun aku tatau. Yang aku tau, minggu depan kerja kene siap. Sekarang dah hampir 80% siap. Aku tgh sibuk edit jer sekarang. Bingung betul! Semalam aku tak tido...aku tak tido cam kengkorang semua...aku siapkan last part keje aku so that, petang kang, aku cuma tinggal nak edit jer........sampailah 29hb ni. Pastu rabu depan, aku akan ke damansara coz nak hantar the whole thing.

Bakal siaran? Mungkin sekitar bulan Ramadhan. Aku bukan buat filem....tapi kalo ada rezki apa salahnyer kan?

Futsal......dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pergi sp ampang!!!! Uwaaaaa!~!~!~!~!~!

Monday, April 14, 2008

Streamyx masih down

streamyx aku down and out terus. dah seminggu lebih. aku nak wat keje pun seksa. aku kan working dari rumah, jadi work semua main email jer melainkan yg beberat aku bawak sendiri gi lokasi tapi sejak streamyx down, aku buat keje semua pastu kene gi ngantar ke sana.

minggu lepas jer, 4 kali aku ulang alik gi damansara.....tapi takpela, leh claim!!!!!!!

ni kat umah eWoks tengah layan keje sikit sebab aku dari sabtu kat sini...

Monday, April 7, 2008

Streamyx down!!!!!!

Sejak akhir2 ini, aku banyak tersentap....ngan mama mah especially la aritu! selain tu...aku sejak jumaat connection streamyx aku cam hape pun tak tau!

Aku login susah2, streamyx logout kan aku! Terok betol! Aku dah memang tak tahan dah pakai streamyx ni...leh tak aku nak kata....masa aku dial-up lagi bagus, takder senang2 dia logoutkan aku.

Selain itu, aku juge tersentap ngan eWoks! Sepatutnyer eWoks datang sini sekali ngan kitorg gi PWTC aritu tapi dia bagi kat aku 2 alasan nape dia tak dapat nakgi. Katanye, kereta dia wosak! Aih, kereta tak sampai setahun dah wosak?? Bagi lah alasan lain, bro! Cakap laa ikan ko mati lemas dalam akuarium ke...apa ke....

Aku tetap gi PWTC sabtu lalu. Baby Nissa ikut sekali. Orang ramai gile kat sana sampai Baby Nissa bebel kata panas la, lapar la, ngantuk laa...sebenonye nak balik..

Ntahla, aku pun tak tau nak blog apa arini, bosan tahap maximum dah ni..takpela, aku nak jump blog memember jap.





P/S: Buat asserk...nak iz boh gambar ye? nanti iz carik ye...iz suke low profile...