Tuesday, August 26, 2008

Back dari Bangkok aku....

Sekembalinya aku dari Bangkok selasa lepas, aku demam panas. Aku penat gila! Aku balik je, perkara pertama yang mengganggu hidup aku is 7 DVD drama @#$%^&*()$# yang aku kena edit and siapkan sebelum tarikh luputnya pada 15 September 2008.

Cerita tentang Bangkok!
Aku sampai sana dekat kul 4pm..check in hotel, rehat sebentar bersama kit kat ku, mandi and bersiap untuk our dinner.

Aku dinner kat satu tempat yang facing Cha-Am Beach. Masakan Thailand yang pedas2 dan tomyam terenak!

Lepas tu, aku banyak mendengar cerita Tasha dan sambil dia bercerita, aku "propose" diamenjadi milik aku! Dia setuju...aku ada hadiah untuk dia, sebentuk cincin dan matching necklace dari tooot....

The next day tu, kitorang banyak berjalan kat town, beli belah...beli macam2...

Sekarang ni, aku rasa lengkap! Hidup aku lengkap dgn Tasha.

Plan? Hujung tahun ni if tiada aral melintang, aku mahu ke Jakarta bersama Tasha.

Wednesday, August 13, 2008

Tasha

Aku dah lama solo...sejak habis dgn X aku dulu, aku tidak ada sesiapa. Bukan aku tak nak, aku nak tapi bukan rezeki aku untuk menambat hatinya. Lagipun, dia kini sudah berpunya.

Sekarang aku dah ada orang baru, Tasha...orangnya sweet sangat! Kitorang kawan lama...tapi tak pernah sedar dalam hati ada cinta. Setelah Tasha break ngan X dia, kami mulai rapat dan akhirnya bersama. Dia stay umah aku sekarang...selalu masakkan mi kari special dia kat aku. Siapa nak rasa, SMS aku...

Lusa aku akan ke Bangkok dengan Tasha...aku ada surprise untuk dia. Dia mesti terkejut! Dia mesti suka!

Sebenarnya aku dah lama tak update blog ni bukannya apa, aku busy sangat! Aku banyak benda nak edit siang malam! Orang seni lah kata. Tapi aku suka akan kerja aku! Terlalu suka.......sekarang Tasha teman aku buat kerja. Dia pun pandai edit medit ni. Graduan uitm graphic 2003.

Apa yang paling aku suka pada Tasha?
Dia lembut bercakap & pandai menjaga hati aku. Dia sayangkan aku seikhlasnya. Dia tak harapkan apa2 dari aku. Dia pandai bawak diri & tak mudah makan hati.

Aku nak jaga Tasha sebaiknya sebab dia memang lain dari X aku yang dulu...