Monday, March 31, 2008

BOSAN!

BOSAN! Takder apa nak bgtau korang! Aku bosan sangat nih...tapi aku tak benci saper-saper...bak kata shasha, kalau kita benci seseorang itu kerana orang tu lebih dari kita. Aku tak benci sesaper! Tapi aku tau KAU benci kat aku sebab aku lebih ONG dari KAU!

Thursday, March 27, 2008

Berita

Baru sekejap tadi ni, aku dapat 1 SMS dari eWoks! eWoks cakap Nadin is now at SJMC. Nadin kena appendix and pagi esok akan jalani surgery.

Siapa Nadin? Nadin @ Buntal is my pet-sis! Dialah tempat aku ngadu segala masalah ngan TeeNo tuh dulu and now Buntal sakit.

Petang karang aku akan melawat dia ngan eWoks!

Oh ya...about Jakarta...trip canceled and pushed to June sebab assignment aku tak siap lagi & aku tak leh nak lari vacation yet........sedih!!!!!!

Saraaaaaaaaaattttttttt.........

Monday, March 24, 2008

Sabtu & Ahad?

Minggu yang amat membosankan! Kita mulakan dengan hari sabtu!

Sabtu!
Aku demam sebab dh lama tak demam...tapi kali ni, beza sikit....adap yang beza? Adalaa...
Tengahari aku pasang DVD, aku tgk DVD citer lama...tak sampai sejam aku tengok, aku dh tertido kat sofa tu sampai kul 3 lebih.
Aku bangun, sesiap, and terus gi the mall carik makan. Terserempak ngan Wan, so aku pun makan laa ngan Wan kt McD.

Malamnyer, aku layan AF 1st konsert dirumah jer. Aku rasa Yana mmg layak tersingkir diminggu pertama! Dia nyanyi ke malam tu? Hehehee..tak ingat lah! Saida, kakak Siti...membosankan halwa telinga aku.....gaya mukanya seperti yg dikatakan oleh Kak Ogy tu....aku mmg nak ketawa tengok...paling best malam tu is Stanly! Oklaa....sekarang kita tgk Ahad pulak...apa yg dh jadik pada Ahadku!

Ahad
Demam tak sudah lagik...so, kul 11 lebih tu, aku gi klinik, jumpa Dr Khatijah....sweet giler Dr. ni...kecik molek jer orangnyer....aku rasa baik sikit demam aku masa kt klinik tu....
Abis jer kt klinik, aku gi McD again for lunch! Pastu, aku balik rumah and sambung tidur sebab kepala aku ni kan......rasa cam nak pecah!!

Sekarang aku OK sikit....nak sambung edit barang sikit.....petang karang, kalo aku free, aku update lagi ye....

Tuesday, March 18, 2008

Gerald & HUKM

My partner, Gerald diwadkan di HUKM kerana dikhuatiri diserang denggi. Alamak, Bro! Apa dah tua-tua pun kena denggi ni...tapi xpe, sbb hanya dikhuatiri sahaja...

If ujian darah kata negative, dia boleh dinyah-caj dari HUKM kejap jer lagik! Dari pagi tadik kat sana..........

Ok...dah lama tak update blog kan? Sebenarnya aku BZ yang terlalu amat! Last week aku gi terjun sungai ngan sepupu aku kat...hahahaa...rahsia, babe! Kitorang terjumpa anak ulo...kelam kabut jadiknyer! Seb baik masa tu dah settle semua, tinggal nak angkat tika and pulang. Kak Cik masak nasi lemak lauk sotong kering........sedap sangat! Kak Cik rerajinla buat lagi and jamu Onchu ye.......makan free ni selalunyer sedap!

Esok, aku agak free sebab mmg aku nak free kan diri. Bukan apa, lusa kan sumer org cuti, so, diorang dari external production pun ramai dh off so aku tak sempat lah nak buat editing kat studio.

Malam ni sape nak jumpa aku, leh text aku lebih kurang jam 9 malam..........aku nak pekena nasi lemak antarabangsa kat kg baru ngan Kak Cik & Abg Dol & Baby Nissa...

Tuesday, March 11, 2008

Dah seminggu dah macam nih!

Aku dah tak tahan ngan laptop yang berupa gini dah! Seksa nya nak stay ONLINE lelama coz laptop yang berupa gini haa, yang aku bagi nama "boxie" ni dah tak sayang aku dah. Aku connect jer ke internet...tak brapa lama cenggitu "boxie" akan hilang dari dunia cyber!

Aku: Eh Boxie...ko dah tak sayang aku dah ye? Ko pun nak aku tinggalkan ye?
Boxie: (DIAM SERIBU BAHASA)

Memanglah Boxie diam sbb Boxie mana leh cakap!

Malam ni aku nak kene "melancong" kerumah E-Woks! E-Woks dah janji nak tengokkan Boxie aku for FREE!!! Mana ada orang "melancong" hari kan...paling kurang pun dua hari satu malam, makanya aku tido umah E-Woks malam ni. Include breakfast tak, E-Woks?? Kih Kih Kih...

Aku harap sangat "boxie" akan elok balik...kalu tak, kenelah aku trade-in untuk yang lain.

Oklaa...aku ada manyak kijer nak buat sekarang. Lagipun perut pun dah keroncong ni...kita makan duluuuuuu!!!!!!!

Friday, March 7, 2008

Kenangan terindah

"Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Iye ye ye …. Uh …. (Bagiku engkaulah…cinta sejati...)

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah"

Untuk siapa? Untuk siapa saje!

Wednesday, March 5, 2008

Ikea Sale?

01. Semalam aku gi ikea kt Mutiara......tengah ada sale.
02. Aku gi sorang-sorang saje.
03. Aku duduk kat cafe kejap buat alas perut ngan karipap 3 ketol.
04. Aku tawaf kelilingnya sampai jumpa cencawan yang brapa sen jer ni.
05. Aku beli 12 bijik.
06. Pastu, aku belek frames yang kalerful tu.
07. Aku beli ke?
08. Tak laa..
09. Aku cuma beli cawan dengan "superfin vase" yang tak mahal.
10. Brapa?
11. RM9.90 jer..aku beli 2 kaler clear.
12. Itu je untuk sekarang.

Tuesday, March 4, 2008

YM tu apa?

YM tu Yang Mulia...

So Yang Mulia Gerald la jadinyer...

Gerald! Dominoz 2 X Round......

Petang ni Iz kene pergi Damansara lagik untuk YM Gerald yang masih tak pulang-pulang dari merantau. Bro! 2 Rounds of dominoz tau.

Sebenarnya bukan apa...sekarang Iz..isk...tukarlaa...sekarang aku ada banyak assignment...mentang-mentang kojoz sendiri, bangun-tido sesuka hati...so ada one assignment ni duo ngan Gerald and Gerald is not around so, aku kene la gi carik "bahan" and bila dh dapat, kene lah gi amik walaupun itu is part 4 of the assignment..(part 4,5 & 6) Gerald punya. Aku 1,2,3 & 7. Closing buat sekali kan Gerald, kan??

Oklah, semalam, aku tidur agak awal...dalam kul 11.30 dah tak sedar diri. Lepas subuh aku sambung tidur lagi sebab kepala pening-pening 2-3 hari ni. Kul 8 aku bangun, mandi, gi makan sarapan kt kedai makcik biasa tu, pastu ngadap laptop sampai sekarang tak sudah-sudah.

Petang karang, alang-alang ke Damansara, aku nakgi ikea..dengar-dengar tengah sale. Nak carik frames. Kalau ada yang berkenan, aku nak rembat.

Oklaa..nak pesan apa-apa tak kt ikea karang? ke nak ikut haa??