Tuesday, August 26, 2008

Back dari Bangkok aku....

Sekembalinya aku dari Bangkok selasa lepas, aku demam panas. Aku penat gila! Aku balik je, perkara pertama yang mengganggu hidup aku is 7 DVD drama @#$%^&*()$# yang aku kena edit and siapkan sebelum tarikh luputnya pada 15 September 2008.

Cerita tentang Bangkok!
Aku sampai sana dekat kul 4pm..check in hotel, rehat sebentar bersama kit kat ku, mandi and bersiap untuk our dinner.

Aku dinner kat satu tempat yang facing Cha-Am Beach. Masakan Thailand yang pedas2 dan tomyam terenak!

Lepas tu, aku banyak mendengar cerita Tasha dan sambil dia bercerita, aku "propose" diamenjadi milik aku! Dia setuju...aku ada hadiah untuk dia, sebentuk cincin dan matching necklace dari tooot....

The next day tu, kitorang banyak berjalan kat town, beli belah...beli macam2...

Sekarang ni, aku rasa lengkap! Hidup aku lengkap dgn Tasha.

Plan? Hujung tahun ni if tiada aral melintang, aku mahu ke Jakarta bersama Tasha.

Wednesday, August 13, 2008

Tasha

Aku dah lama solo...sejak habis dgn X aku dulu, aku tidak ada sesiapa. Bukan aku tak nak, aku nak tapi bukan rezeki aku untuk menambat hatinya. Lagipun, dia kini sudah berpunya.

Sekarang aku dah ada orang baru, Tasha...orangnya sweet sangat! Kitorang kawan lama...tapi tak pernah sedar dalam hati ada cinta. Setelah Tasha break ngan X dia, kami mulai rapat dan akhirnya bersama. Dia stay umah aku sekarang...selalu masakkan mi kari special dia kat aku. Siapa nak rasa, SMS aku...

Lusa aku akan ke Bangkok dengan Tasha...aku ada surprise untuk dia. Dia mesti terkejut! Dia mesti suka!

Sebenarnya aku dah lama tak update blog ni bukannya apa, aku busy sangat! Aku banyak benda nak edit siang malam! Orang seni lah kata. Tapi aku suka akan kerja aku! Terlalu suka.......sekarang Tasha teman aku buat kerja. Dia pun pandai edit medit ni. Graduan uitm graphic 2003.

Apa yang paling aku suka pada Tasha?
Dia lembut bercakap & pandai menjaga hati aku. Dia sayangkan aku seikhlasnya. Dia tak harapkan apa2 dari aku. Dia pandai bawak diri & tak mudah makan hati.

Aku nak jaga Tasha sebaiknya sebab dia memang lain dari X aku yang dulu...

Friday, July 11, 2008

SEMOGA BERBAHAGIA!

Aku dah lama sunggggguuuuhhh tak update blog ni. Aku BZ ah sesangat. Aku baru seminggu balik dari Jakarta and aku rasa letih aku balik tu tak habis2!!! Petang ni aku akan ke Shah Alam, umah kakak aku. Dah brapa minggu dah aku ak gi sana so I have to go lah this week....

OOK...selama aku tak update blog ni kan, sebenarnya ada banyak benda yang terjadi. Benda ni dah pernah jadi pada aku dulu masa ngan tu laa.....sekarang ia terjadi antara 2 orang kawan aku, sorang yang aku suka tengok muka dia dalam blog dia sbb ada ala2 Rani dan dia cantik sgt orangnya (A)...dan satu lagi adalah X dia yang merupakan teman aku chat dalam YM (B).

Hanya sekeping nasihat....kalau dah tak boleh go on tu datang dari hati yang ikhlas, tinggalkan & pergi...tapi, kalau ada walau sekelumit perasaan, tak salah kalau cuba lagi.

Buat A, kalau agak2 sekarang A sudah bahagia disamping orang baru & tak mungkin akan pulang pada B, lepaskan B betul2. Yang penting, bercinta dengan orang baru tu biar ikhlas-ikhlas-ikhlas! X Iz dulu sampai kehari ini tak boleh lepaskan Iz sebab Iz curahkan dia dengan segala yang dia nak. Makan-pakai semua Iz beri dan bila berpisah, dia menjadi susah..dia carik kelembutan dari diri dia dan dia lahirkan dengan muka yang tebal meminta2 pada Iz. Yang terbaru dia meminta HP baru yang mana Iz tidak akan berikan. Dia minta $$ nak beli ini & itu tp, xmungkin Iz diperbodohkan lagi! X Iz tak boleh lepaskan Iz hanya kerana takut hilang benda2 itu. Dia masih contact Iz dengan bahasa yang menggoda jiwa Iz tapi, Iz mesti celik. Iz yakin A bukan bersama orang yang baru ini kerana itu semua. A sudah ada hampir segalanya and A memang independent! Iz yakin dengan A! A, puteri indah Iz kena tabah hadapi semua cerita2 yang A dengar. A kena yakin dengan orang baru ok!

Buat B, aku yakin ko akan kuat kelak. Ko akan OK! Segala yang terjadi anggaplah sebagai pelajaran & experience yang akan dijadikan rujukan untuk menghadapi masa depan. Biar hampir sedekad hubungan itu bersatu, perpisahan ini mungkin ada banyak hikmahnya. Ko kena teruskan hidup dengan semangat yang lebih kuat setiap hari. Aku tau apa ko rasa...sakit memang sakit. Tapi kena tabah ok! Ko & adik ko mesti pergi jauh dari hidup mereka agar segalanya akan kembali tenang.

Buat X Iz....Iz minta maaf...kini Iz dah celik and sedar yang hubungan kita selama ini bukan kerana cinta tapi kerana keindahan dunia semata. Tolong, Iz minta...jangan ganggu Iz lagi...jangan rendahkan diri menebalkan muka demi mendapatkan segala yang u nak. Iz tak kan tunduk lagi. Iz nak cari orang yang sayangkan Iz...bukan sayangkan kebendaan yang Iz boleh beri! Pergi lah jauh dari Iz. Jangan datang rumah lagi. Iz tau u memang selalu baca blog ni. Harap u faham. Iz bukan berkata jahat, tapi ini hakikat yang u buktikan pada Iz.

Hari ini hari jumaat....petang ni nak pergi Shah Alam!!

Wednesday, April 23, 2008

Aku tak sombong lah

Geena kata aku dah sombongs sekarang.......aku tak sombong lah....aku busy ngan keje yang tak putus-putus ni.......alhamdulillah!!!!!!!!!!

Aku stress


Aku dah lama tak update blog...lately ni, aku rasa stress sangat. Segala assignment aku mesti done sebelum 1 may ni. Aku YM pun sekejap sangat! Aku takut kang leka ngan YM plak keje aku tak siap-siap.

Ok..blog ni agak lonely sbb ni mmg private blog aku yang tak ramai tahu...so, aku kengkadang jer update sini. Aku nyer website yang aku bg perhatian extra 5% la, sbb jadual aku ada situ, kerja aku ada situ, words aku ada situ.

Apsal aku bebel pasal ni pun aku tatau. Yang aku tau, minggu depan kerja kene siap. Sekarang dah hampir 80% siap. Aku tgh sibuk edit jer sekarang. Bingung betul! Semalam aku tak tido...aku tak tido cam kengkorang semua...aku siapkan last part keje aku so that, petang kang, aku cuma tinggal nak edit jer........sampailah 29hb ni. Pastu rabu depan, aku akan ke damansara coz nak hantar the whole thing.

Bakal siaran? Mungkin sekitar bulan Ramadhan. Aku bukan buat filem....tapi kalo ada rezki apa salahnyer kan?

Futsal......dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pergi sp ampang!!!! Uwaaaaa!~!~!~!~!~!

Monday, April 14, 2008

Streamyx masih down

streamyx aku down and out terus. dah seminggu lebih. aku nak wat keje pun seksa. aku kan working dari rumah, jadi work semua main email jer melainkan yg beberat aku bawak sendiri gi lokasi tapi sejak streamyx down, aku buat keje semua pastu kene gi ngantar ke sana.

minggu lepas jer, 4 kali aku ulang alik gi damansara.....tapi takpela, leh claim!!!!!!!

ni kat umah eWoks tengah layan keje sikit sebab aku dari sabtu kat sini...

Monday, April 7, 2008

Streamyx down!!!!!!

Sejak akhir2 ini, aku banyak tersentap....ngan mama mah especially la aritu! selain tu...aku sejak jumaat connection streamyx aku cam hape pun tak tau!

Aku login susah2, streamyx logout kan aku! Terok betol! Aku dah memang tak tahan dah pakai streamyx ni...leh tak aku nak kata....masa aku dial-up lagi bagus, takder senang2 dia logoutkan aku.

Selain itu, aku juge tersentap ngan eWoks! Sepatutnyer eWoks datang sini sekali ngan kitorg gi PWTC aritu tapi dia bagi kat aku 2 alasan nape dia tak dapat nakgi. Katanye, kereta dia wosak! Aih, kereta tak sampai setahun dah wosak?? Bagi lah alasan lain, bro! Cakap laa ikan ko mati lemas dalam akuarium ke...apa ke....

Aku tetap gi PWTC sabtu lalu. Baby Nissa ikut sekali. Orang ramai gile kat sana sampai Baby Nissa bebel kata panas la, lapar la, ngantuk laa...sebenonye nak balik..

Ntahla, aku pun tak tau nak blog apa arini, bosan tahap maximum dah ni..takpela, aku nak jump blog memember jap.





P/S: Buat asserk...nak iz boh gambar ye? nanti iz carik ye...iz suke low profile...

Friday, April 4, 2008

!@#$%^&*())(*&^%$#@!!@#$%^&*

5.30 pagi: Aku dah bangun sebab nak kene sesiap gi Melaka. Aku ke Melaka sebab nakgi jumpa makcik aku yang sorang ni. Ada family matters sikit la...aku gi ngan Kak Cik ngan Abg Dol. Baby Nissa pun ada sekali. Kitorang pergi naik 1 kereta. Kata rumah dokat yo!

7.00 pagi: Aku dah bertolak dari umah, mak aihhh...jem nyer dok tetengah KL ni! Aku ok jer, yang tak OK Abg Dol la, sebab dia yg drive keta. Naik keta aku.

10.15 pagi: Kitorang sampai Melaka, terus gi breakfast. Aku makan roti telur, seperti biasa.

11.00 pagi: Kitorang sampai umah makcik, makan lagi....pastu...kitorang buatlah apa yg patut kan...

5.30 ptg: Kitorang bertolak balik KL. Sampai KL dalam kul 8.00 jugak lebih sikit kot...sebab bawak takde lah laju sangat...dengan jem bagai diKL.

9.15 mlm: Aku masuk tido...bestnyer dapat tido...dan aku telah bangun kul 7.00 pg tadi...sesiap gi makan McD breakfast kat The Mall...sedap! Ni baru balik nie!

Arini, aku ada umah jer, nak siapkan kijer nan sikit jer tinggal ni. Sok nak kena jumpa GErald, tapi malam la coz pagi tu aku nak gi book fair ngan Kak Cik & Baby Nissa.

Wednesday, April 2, 2008

Makcik Normah @ Mama Mah?

Semalam aku tersentap ngan someone from agency. Makcik lah jugak kalo nak diikutkan.

Ceritanya gini....pagi semalam, aku gi Damansara ngantar 7 DVD utk diedit! Aku tak pernah nampak "makcik" ni sebelum ni...tetiba 1st time dia jumpe aku, boleh dia tanya aku kenapa pakaian aku cam laki. So, aku cakapla sbb kerja aku kehulu-kehilir angkut barang, boh barang...loteh aarr nak pakai baju kurung aku jawab selamba. Sekali aku kene lecture ngan dia...Nama makcik tu Puan Normah Said tapi dorang kat sana panggil dia Mama Mah jer. Konon glamer laa...adoooii!!!

Makcik, Iz bukan nak kurang asam ngan Makcik kan...tapi kot ye pun nak negur, negur lah leklok! Iz nengok makcik pun apa kurangnya, pakai tudung tapi, atas paras dada...bukan kene tutup dada ke??

Hanginnnnn jer dibuatnyer. Semalam aku juga dapat tahu yg Yusni Jaafar telah pun meninggal dunia setelah 2 bulan terlantar dihospital. AL FATIHAH!

Arini, aku kene gi tempat makcik tu lagi, kali ni kalo terjumpa makcik tu lagi and if dia bersikap seperti itu lagi, aku tak nak bagi muka.

Monday, March 31, 2008

BOSAN!

BOSAN! Takder apa nak bgtau korang! Aku bosan sangat nih...tapi aku tak benci saper-saper...bak kata shasha, kalau kita benci seseorang itu kerana orang tu lebih dari kita. Aku tak benci sesaper! Tapi aku tau KAU benci kat aku sebab aku lebih ONG dari KAU!

Thursday, March 27, 2008

Berita

Baru sekejap tadi ni, aku dapat 1 SMS dari eWoks! eWoks cakap Nadin is now at SJMC. Nadin kena appendix and pagi esok akan jalani surgery.

Siapa Nadin? Nadin @ Buntal is my pet-sis! Dialah tempat aku ngadu segala masalah ngan TeeNo tuh dulu and now Buntal sakit.

Petang karang aku akan melawat dia ngan eWoks!

Oh ya...about Jakarta...trip canceled and pushed to June sebab assignment aku tak siap lagi & aku tak leh nak lari vacation yet........sedih!!!!!!

Saraaaaaaaaaattttttttt.........

Monday, March 24, 2008

Sabtu & Ahad?

Minggu yang amat membosankan! Kita mulakan dengan hari sabtu!

Sabtu!
Aku demam sebab dh lama tak demam...tapi kali ni, beza sikit....adap yang beza? Adalaa...
Tengahari aku pasang DVD, aku tgk DVD citer lama...tak sampai sejam aku tengok, aku dh tertido kat sofa tu sampai kul 3 lebih.
Aku bangun, sesiap, and terus gi the mall carik makan. Terserempak ngan Wan, so aku pun makan laa ngan Wan kt McD.

Malamnyer, aku layan AF 1st konsert dirumah jer. Aku rasa Yana mmg layak tersingkir diminggu pertama! Dia nyanyi ke malam tu? Hehehee..tak ingat lah! Saida, kakak Siti...membosankan halwa telinga aku.....gaya mukanya seperti yg dikatakan oleh Kak Ogy tu....aku mmg nak ketawa tengok...paling best malam tu is Stanly! Oklaa....sekarang kita tgk Ahad pulak...apa yg dh jadik pada Ahadku!

Ahad
Demam tak sudah lagik...so, kul 11 lebih tu, aku gi klinik, jumpa Dr Khatijah....sweet giler Dr. ni...kecik molek jer orangnyer....aku rasa baik sikit demam aku masa kt klinik tu....
Abis jer kt klinik, aku gi McD again for lunch! Pastu, aku balik rumah and sambung tidur sebab kepala aku ni kan......rasa cam nak pecah!!

Sekarang aku OK sikit....nak sambung edit barang sikit.....petang karang, kalo aku free, aku update lagi ye....

Tuesday, March 18, 2008

Gerald & HUKM

My partner, Gerald diwadkan di HUKM kerana dikhuatiri diserang denggi. Alamak, Bro! Apa dah tua-tua pun kena denggi ni...tapi xpe, sbb hanya dikhuatiri sahaja...

If ujian darah kata negative, dia boleh dinyah-caj dari HUKM kejap jer lagik! Dari pagi tadik kat sana..........

Ok...dah lama tak update blog kan? Sebenarnya aku BZ yang terlalu amat! Last week aku gi terjun sungai ngan sepupu aku kat...hahahaa...rahsia, babe! Kitorang terjumpa anak ulo...kelam kabut jadiknyer! Seb baik masa tu dah settle semua, tinggal nak angkat tika and pulang. Kak Cik masak nasi lemak lauk sotong kering........sedap sangat! Kak Cik rerajinla buat lagi and jamu Onchu ye.......makan free ni selalunyer sedap!

Esok, aku agak free sebab mmg aku nak free kan diri. Bukan apa, lusa kan sumer org cuti, so, diorang dari external production pun ramai dh off so aku tak sempat lah nak buat editing kat studio.

Malam ni sape nak jumpa aku, leh text aku lebih kurang jam 9 malam..........aku nak pekena nasi lemak antarabangsa kat kg baru ngan Kak Cik & Abg Dol & Baby Nissa...

Tuesday, March 11, 2008

Dah seminggu dah macam nih!

Aku dah tak tahan ngan laptop yang berupa gini dah! Seksa nya nak stay ONLINE lelama coz laptop yang berupa gini haa, yang aku bagi nama "boxie" ni dah tak sayang aku dah. Aku connect jer ke internet...tak brapa lama cenggitu "boxie" akan hilang dari dunia cyber!

Aku: Eh Boxie...ko dah tak sayang aku dah ye? Ko pun nak aku tinggalkan ye?
Boxie: (DIAM SERIBU BAHASA)

Memanglah Boxie diam sbb Boxie mana leh cakap!

Malam ni aku nak kene "melancong" kerumah E-Woks! E-Woks dah janji nak tengokkan Boxie aku for FREE!!! Mana ada orang "melancong" hari kan...paling kurang pun dua hari satu malam, makanya aku tido umah E-Woks malam ni. Include breakfast tak, E-Woks?? Kih Kih Kih...

Aku harap sangat "boxie" akan elok balik...kalu tak, kenelah aku trade-in untuk yang lain.

Oklaa...aku ada manyak kijer nak buat sekarang. Lagipun perut pun dah keroncong ni...kita makan duluuuuuu!!!!!!!

Friday, March 7, 2008

Kenangan terindah

"Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Iye ye ye …. Uh …. (Bagiku engkaulah…cinta sejati...)

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah"

Untuk siapa? Untuk siapa saje!

Wednesday, March 5, 2008

Ikea Sale?

01. Semalam aku gi ikea kt Mutiara......tengah ada sale.
02. Aku gi sorang-sorang saje.
03. Aku duduk kat cafe kejap buat alas perut ngan karipap 3 ketol.
04. Aku tawaf kelilingnya sampai jumpa cencawan yang brapa sen jer ni.
05. Aku beli 12 bijik.
06. Pastu, aku belek frames yang kalerful tu.
07. Aku beli ke?
08. Tak laa..
09. Aku cuma beli cawan dengan "superfin vase" yang tak mahal.
10. Brapa?
11. RM9.90 jer..aku beli 2 kaler clear.
12. Itu je untuk sekarang.

Tuesday, March 4, 2008

YM tu apa?

YM tu Yang Mulia...

So Yang Mulia Gerald la jadinyer...

Gerald! Dominoz 2 X Round......

Petang ni Iz kene pergi Damansara lagik untuk YM Gerald yang masih tak pulang-pulang dari merantau. Bro! 2 Rounds of dominoz tau.

Sebenarnya bukan apa...sekarang Iz..isk...tukarlaa...sekarang aku ada banyak assignment...mentang-mentang kojoz sendiri, bangun-tido sesuka hati...so ada one assignment ni duo ngan Gerald and Gerald is not around so, aku kene la gi carik "bahan" and bila dh dapat, kene lah gi amik walaupun itu is part 4 of the assignment..(part 4,5 & 6) Gerald punya. Aku 1,2,3 & 7. Closing buat sekali kan Gerald, kan??

Oklah, semalam, aku tidur agak awal...dalam kul 11.30 dah tak sedar diri. Lepas subuh aku sambung tidur lagi sebab kepala pening-pening 2-3 hari ni. Kul 8 aku bangun, mandi, gi makan sarapan kt kedai makcik biasa tu, pastu ngadap laptop sampai sekarang tak sudah-sudah.

Petang karang, alang-alang ke Damansara, aku nakgi ikea..dengar-dengar tengah sale. Nak carik frames. Kalau ada yang berkenan, aku nak rembat.

Oklaa..nak pesan apa-apa tak kt ikea karang? ke nak ikut haa??

Thursday, February 28, 2008

The journey to success!

  1. Success is going from failure to failure without losing your enthusiasm.
  2. Success is not measured by what a man accomplishes but, by the courage he has maintained the struggle against overwhelming odds.
  3. There are no short cuts to success.
  4. Persevere! Never give up, for that moment could be just the place and time that the tide will turn...and when it does, the satisfaction is immense.

Pergi

buat dia!
Iz tau Iz bukanlah baik sangat, pagi tidur, tengahari kerja, petang diluar, malam baru dirumah...tapi Iz xbuat pape yang buleh melanggar undang kita! Kenapa buat Iz sampai terduduk teringat kat Tee? Walaupun kita dah tak ada, tapi, Iz tetap sayangkan Tee cam dulu.

Sekarang Iz ada kawan Iz yang boleh menyokong Iz dari belakang tanpa meminta apa-apa.

Iz bahagia sekarang! Blog wordpress dah Iz delete sebab terlalu banyak kenangan disitu.

Kenangan mesti dikuburkan.

Wednesday, February 27, 2008

Tolong Sasha Promote Ning


Sasha tgh promote buku ning...so, as a friend, I pun tolong. Anything, view blog shasha http://lostcharmedangel.blogspot.com okei?

Korang bacalah blog dia, ada info.

Tuesday, February 26, 2008

Twilight Zone

i owez wanted 2 opena blog 2 blog & blog but, i have no time. friends keep pushing me to create and finally...this izzit! my twi-litezone.blogspot.com!

it's a open blog so, everyone can view...

semalam, iz pergi damansara amik some stuff for gerald coz gerald won't be around till 15 march! you owe me, bro! aku nak dominoz tau..yippee!!!

that day, iz ada view blog member, dia tgh hot dgn kazen dia yg pada iz lah kan...cam takk betul je! xpela, sasha...sabar yak! iz ada leave comment, untung-untung dia lihat.

hahaaa...

ok..later iz carik stuff to upload blog ni ok?